Monday, November 18, 2013

PERISTIWA TUTUP LAMPU TANDAS DI TEMPAT KERJA

       Assalamualaikum wbt..salam sejahtera juga saya ucapkan pada anda semua..bertemu kita sekali lagi di blog "KISAH SERAM SAYA" ini..mudah mudahan anda semua menikmati cerita yang saya kongsi bersama anda ..jika anda sudah sedia,,saya akan ceritakan pengalaman seram saya skrg..

     Ini adalah salah satu dari pengalaman menakutkan yang melekat di dalam otak saya..kisah ini berlaku di tempat dimana saya menjalankan tugas sebagai anggota keselamatan..kalau tak silap saya,lebih kurang 6 bulan lepas ia terjadi..pada malam rabu tersebut,saya bersama 2 lagi anggota bertugas shif malam..pada malam itu,saya telah ditugaskan untuk menutup lampu tandas bangunan dari tingkat atas hingga ke tingkat 8...dalam hati mula terasa lain sangat..jantung degup laju..saya tahu,jika saya pergi untuk tutup lampu tandas,pasti saya akan jumpa sesuatu..kalau anda semua ingin tahu,bangunan tempat saya kerja ini,memang agak keras..kebanyakkan orang yang kerja di situ ada bercerita tentang ternampak sesuatu yang aneh,,terjumpa atau diganggu "entiti"..lagi lagi pada waktu malam..meremang laa bulu roma saya tulis cerita ni..seolah olah macam ada sesuatu tengok saya menulis ni..apepun kita teruskan..

   lebih kurang jam 11malam,rakan setugas saya menegur saya.."encik A.J,,awak tidak pergi tutup lampu tandas ke?atau awak nak pergi berdua dengan saya?pakcik itu berhenti bercakap dan menunggu jawapan dari saya..dalam hati terasa lega sangat sebab ada teman nak pergi tutup lampu..tak lah saya takut sangat..tiba tiba,seorang lagi rakan setugas ada emergency kena balik rumah masa itu juga..terus saya beritahu pada pakcik tadi.."takpe laa cik..saya pergi sorang je..cik tolong 'cover' command room ni"..dan saya pun terus beredar dari bilik kawalan tersebut..menuju ke lif untuk naik ke tingkat 28..saya pun meneruskan tugasan yang telah diberi iaitu tutup lampu tandas..bermula dari aras tersebut,saya berjalan turun melalui tangga kecemasan sebab tandas berada di kiri dan kanan setiap aras..tangga adalah cara yang paling cepat..satu demi satu tingkat saya jelajah..sampai sudah aras 26..tandas wanita..semasa saya hendak buka pintu untuk masuk ke aras tersebut,saya dapat rasakan seperti ada tangan memegang bahu saya..secara tak langsung,,perasaan untuk melarikan diri membuak buak datang..tapi saya kuatkan semangat..

   saya teruskan langkahan saya masuk ke tandas wanita itu untuk menutup lampu..sekali lagi saya diuji..terdengar sangat jelas..suara seorang wanita sedang sayu menangis..seperti dalam kesakitan..saya seolah olah mati langkah di hadapan pintu toilet tersebut..suara yang mendayu itu seperti sgt jauh tetapi macam makin jelas seperti ada di belakang saya bila saya hendak melangkah..peluh sebesar putik jagung mula membasahi dahi,muka,leher saya...suara saya tidak boleh keluar..saya cuba menggunakan set radio walkie yang dibawa tetapi suara saya langsung tiada!..saya terus baca ayat ayat suci AL-QURAN yang saya ingat..walaupun bacaan di dalam hati,syukurlah,,suara yang sayu itu hilang secara tiba tiba..saya tidak menunggu lama..saya berlari menuju kearah lif.kerja saya untuk tutup lampu tandas telahpun saya lupakan.matlamat saya pada waktu itu hanya hendak sampai ke pusat kawalan di bawah secepat yang boleh..saya tekan butang lif seperti orang hilang akal.!akhirnya lif nombor 10 sampai..saya terus masuk ke dalam lif tersebut dan tekan butang 1..saya sangat lega..dapat juga saya turun kebawah..dalam hati saya,"lepas ni,memang takkan lah aku nak naik sorang sorang lagi kat bangunan ni time malam.."..sedang saya mengesat peluh di muka dengan sapu tangan,saya nampak pada butang nombor lif,,butang nombor 15 menyala lampu nya..dalam hati saya dilanda ketakutan..tingkat 15 tersebut memang sudah lama tiada penghuni..saya cuba tekan butang lain,tetapi tetap nombor 15 yang menyala..saya memencilkan diri saya di satu sudut dalam lif..hati saya macam hendak pecah rasa seram sangat..akhirnya,lif itu berhenti di aras 15...pintu lif terbuka..dan saya punya darah seperti terhenti di seluruh badan..satu entiti berupa seorang wanita berdiri dihadapan pintu lif ...dengan rambutnya yang mencecah lantai..kain bajunya semua putih tetapi terdapat banyak kesan darah dan tanah merah..kukunya tajam dan panjang..entiti itu berdiri diam tanpa bergerak seinci pun..bau bunga di kubur kuat menguasai suasana di aras tersebut..saya langsung diam hilang kata kata..terpaku..seram,takut,terkejut,,lebih kurang dalam seminit,entiti yang berdiri dihadapan lif itu hilang seperti ditiup angin..macam kabus..barulah pintu lif tertutup dan turun ke bawah..

   apabila saya sampai di aras 1,saya macam orang bingung,,terbayang bayang apa yang saya nampak depan mata saya tadi..saya jalan menuju ke pusat kawalan dengan langkah yang sangat lemah..masuk ke dalam..dan duduk di hadapan rakan setugas saya..pakcik itu seolah olah tahu ada sesuatu telah berlaku pada saya..dia terus cakap pada saya,,"J..awak nampak lain lah..tak sihat ke?muka awak macam takde darah..awak pergilah rehat ya.takpe malam ni pakcik buat semuanya."dan saya tidak berkata sepatah pun..saya terus bangun..menuju ke bilik rehat saya..sampai di bilik rehat,saya terus rebahkan badan di sofa..saya pengsan....8jam kemudian baru sedar..itupun sebab orang pagi kejutkan saya..saya minta tolong kawan hantar saya ke rumah sebab saya memang tak larat hendak balik sendiri..dan kawan saya pun hantar saya pulang..

  4 hari saya terlantar di rumah..demam teruk..malam saya teringat ingat dekat makhluk yang saya nampak tu..kalau semangat tak kuat,boleh jadi gila agaknya..mujurlah abang ipar saya pandai buat air penawar..saya tak tahu dia buat macam mana..tetapi saya beransur pulih dengan air yang telah dibacakan ayat ayat suci itu..sejak dari peritiwa itu,saya serik hendak kerja waktu malam..saya minta untuk ditukarkan kerja hari siang..dan peristiwa itu menjadi rahsia dalam diri saya sampai lah sekarang..2 hari selepas kejadian yang menimpa saya,kawan saya pula demam..dia cerita kat saya ada seorang wanita datang ke bilik kawalan pukul 1 pagi,,bila dia buka pintu,wanita tersebut terbang naik keatas..saya tidak ada jawapan untuk apa yang saya ceritakan pada anda ini..cuma harapan saya,harap anda tidak mengalami perkara yang sama macam saya alami..

-
==ps//untuk pengetahuan anda,di bangunan tempat saya kerja ni,semasa dalam proses hendak siap,satu keluarga telah menjadi korban akibat ditimbus hidup hidup dengan bancuhan simen di aras paling bawah bangunan ini iaitu LG3..sampai sekarang,masih banyak berlaku kejadian misteri di dalam ataupun disekitar bangunan ni..kerana dikatakan,mayat sekeluarga tersebut tidak dapat dikeluarkan.jadi kontraktor mengambil keputusan untuk teruskan kerja sampailah siap 30 tingkat..renung renung kan apa yang saya kongsi ini bersama anda semua ya..semoga berjumpa lagi di kisah yang lain ..perjalanan masih panjang lagi,,kisah kisah yang lebih menakutkan akan saya kongsi dengan anda..dan ia benar benar berlaku..Assalamualaikum dan jaga diri..
   

SALAM DARI SELATAN-GREETINGS FROM THE SOUTH

  Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua yang sudi melihat ataupun membaca kisah saya ini..sebelum saya pergi lebih jauh,ingin saya ingatkan..segala yang akan saya ceritakan di dalam blog ini adalah benar dan semuanya berdasarkan apa yang berlaku sepanjang 20 tahun saya alami ataupun terjumpa situasi yang menakutkan..ada sesetengah perkara nanti yang jika anda baca,akan membuat anda tidak percaya ataupun anda akan berfikir saya mengadakan apa yang tidak berlaku..,saya yang mengalami semuanya..dan saya ingin kongsi semua pengalaman itu bersama anda..saya langsung tiada paksaan jika anda tidak mahu membaca atau melihat cerita-cerita saya..semua pilihan terletak di tangan sendiri.
    .Dengan itu,saya ingatkan,.jangan baca cerita saya kalau anda tidak kuat semangat..atau mempunyai rasa takut yang luar biasa..pastikan jangan taksub dengan apa yang akan anda baca di blog saya nanti..dan  jangan tanya pada saya adakah semua ini benar..kerana saya tidak minta untuk anda percaya..sekadar berkongsi kisah yang pernah berlaku dalam hidup saya..ia adalah pengalaman yang menakutkan..saya akan mulakan cerita saya pada catitan yang lain..sampai jumpa lagi semua..ingatlah,kita tidak pernah sendirian walau dimanapun kita berada..dan bukan kita sahaja makhluk ciptaan tuhan..akan bersambung lagi.. in shaa allah..



________________________________________________________________________________________________________________________________________________


 Assalamualaikum wbt and greetings to all who willing to watch or see my tales..before i go further more ,let me remind this..everything that i will write and pictured to you in this blog is based on actual event..and all of the stories are based on what that has happen this past 20 years,encountered many frightening,scary situation in my life..some of the things that im about to tell is gonna be hard to believe if you read..and at some point,you will think that i made up those stories to make it interesting..,i have going through all that scary experience..and now,i want to share it with all of you..i will never force you all to read my story.the choice is all yours to decide..
  for that.i remind you,dont read the stories if you got a weak spirit..or if you have an unusual sense of fear..make sure dont get too fanatic with what you gonna read in my blog later..and,dont ask me whether all of this is true..because i did not ask for you to believe..i am just sharing tales that been happening in my life..it was a frightening experience for me..i will start my chapter on the next post..we will see again..remember,we are never alone wherever we are..and we are not the only thing that created by god..to be continued..in shaa allah..